Saturday, 21 May 2011

Salam Perkenalan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, kerana dengan rahmatNya dapat kita semua bertemu di alam maya ini. Dengan kehendakNya juga, semoga kita semua dapat berkongsi ilmu & cerita untuk kita gunakan di hari mendatang.

Izinkan aku panjatkan doa untuk diriku, keluargaku & sahabat2ku..

Ya Allah, moga dengan segala ilmu & kemudahan yang Engkau berikan ini dapatku gunakan sebaik mungkin untuk menjalankan perniagaanku disamping mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Jauhkanlah kami semua dari sifat-sifat negatif seperti iri hati, hasad dengki dan bermusuh sesama sendiri.

Semoga Engkau berkatilah usaha murniku ini & ku mohon Engkau kurniakan aku semangat yang kental & hati yang jitu untuk melayari alam perniagaan ini sebaik mungkin.

Aku bersukur dengan segala rezeki yang telah engkau berikan & yang akan Engkau berikan nanti ... Semoga engkau kurniakan kebahagian buat aku, kaum keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku & semua umatMU....

Ya Allah, terima kasih atas kuniaan Mu...

Amin.....

No comments:

Post a Comment